DOA SEMPENA MAJLIS MAULIDURRASUL
بسم الله الرحمن الرحيم
الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , والصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا محُـَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul
Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena Majlis Maulidurrasul,
merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang
tidak terhingga.
Allahumma
Antal Hasibul Jalil,
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala
amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala usaha kami di
sekolah ini, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan
usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.
Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri
kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan sunnah nabi Muhammad
s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah s.a.w. Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada
melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir zaman. Kurniakanlah
kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam
kehidupan.
Allahumma
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan
keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur
budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya
Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang
beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا
، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُومًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْـنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ زِدْنَا
عِلْمًا نَافِعًا وَارْزُقْنَا فَهْمًا.
اللَّهُمَّ
اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِاْلإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلَ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا إِنَّكَ رَءُوْفٌ
رَحِيْم ٌ . رَبَّنَا اَتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِيْ الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ الـنَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ ، وَالْحَمْدُِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْن.
0 komentar:
Posting Komentar